Luminube adalah sarung bantal dengan lampu LED bersepadu yang member cahaya tambahan kepada anda untuk membaca, memudahkan anda untuk tidur, atau bahkan bangun tidur dengan fungsi penggera (alarm) yang boleh dikawal oleh telefon pintar saperti iPhone. Fungsi ini sudah tentu amat berguna bagi anda yang sangat liat dan susah untuk bangun tidur.
Sarung bantal canggih ini direka oleh seorang pereka Jepun, iaitu Tanakori Matsukobo dan telah memenangi anugerah James Dyson Award.
Anugerah James Dyson adalah anugerah reka bentuk antarabangsa yang meraikan, menggalakkan dan member inspirasi kepada jurutera reka bentuk generasi akan dating. Ia dikendalikan oleh Yayasan James Dyson, badan amal James Dyson, sebagai sebahagian daripada misi untuk member inspirasi kepada golongan muda tentang reka bentuk kejuruteraan.
No comments:
Post a Comment