Wednesday, 14 December 2011

TEKNOLOGI PEMBELAJARAN DI DALAM PERMAINAN VIDEO

  Ramai yang mengatakan bahawa mata pelajaran sejarah adalah merupakan satu mata pelajaran yang susah untuk diingati terutamanya dari aspek nama, masa, peristiwa, tempat dan sebagainya. Ini adalah kerana mata pelajaran ini merupakan subjek yang memerlukan pelajar untuk membaca sepenuhnya kerana ianya merupakan fakta dan tidak boleh diubah suai. 

 Bagaimanakah masalah ini boleh diatasi dikalangan pelajar pada zaman yang serba modern ini?




 Massively multiplayer online role-playing game (MMORPG)


Berikut merupakan mata pelajaran sejarah tentang kesultanan melayu Melaka yang telah diimplimentasikan didalam permainan video MMORPG. 

Antara kelebihan permainan video ini ialah : 


  • Dapat memupuk minat kepada para pelajar untuk mempelajari subjek sejarah
  • Memudahkan para guru untuk mengajar dalam subjek ini
  • Dapat mengeratkan hubungan antara sesama pelajar
  • Para pelajar dapat mengingati subjek sejarah dengan lebih mudah dan mendalam
  • Belajar di sekolah dan di rumah
  • Tidak perlu membaca buku yang tebal yang kesudahannya pelajar tidak dapat mengingati sepenuhnya
  • Tiada risiko pelajar ketinggalan sekiranya tidak hadir ke sekolah

5 cara untuk memeperkenalkan kaedah ini kepada para pelajar ialah :


  1.  Menambahkan bilangan komputer
  2. Mengadakan kempen mengenai kaedah pembelajaran ini
  3. Mengadakan pertandingan online setiap minggu
  4. Mengadakan seminar dan kursus untuk pelajar memahami dengan mendalam tentang permaainan video ini
  5.  Mengadakan senarai senarai "Top 10" untuk pemainan yang mendapat markah tertinggi

Berikut merupakan contoh dan gambaran di dalam permainan MMORPG.


5 comments:

  1. Assalamualaikum..pada pendapat saya, pembelajaran melalui permainan video ini memang menarik. Tp tidak kah anda rasa permainan video ini hanya berkesa kepada pelajar lelaki sahaja? Hal ini kerana kebanyakan perempuan tidak berminat dengan dunia permainan video ini..

    NUR HIDAYAH BINTI RADZI
    A138031

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumusalam... Saya setuju dengan pendapat saudari.. Mengikut kajian, subjek membaca seperti sejarah lebih diminati oleh pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki.. Oleh itu, wajarlah pembelajaran di dalam permainan video ini untuk memupuk minat di kalangan pelajar lelaki..

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan pendapat hidayah.Namun begitu,ia tidak relevan sekiranya sesuatu alternatif itu dicipta hanya untuk sesetengah pihak sahaja seperti permainan video ini hanya untuk mumupuk minat di kalangan lelaki sahaja.

    NUR NADIAH BINTI MOHD HISAMUDIN
    A137103

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..Bagi saya, pembelajaran melalui permainan video ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Terpulang kepada individu tersebut untuk memanfaatkan alternatif ini ataupun tidak. Jika ia dilihat seperti tidak relevan, maka individu boleh menggunakan cara lain dalam pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun, saya merasakan alternatif ini amat bagus dalam usaha untuk menimbulkan minat terutamanya kepada pelajar lelaki untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah.

    FILZATUS SYAMILA BINTI ABDUL WAHID
    A137505

    ReplyDelete